Monday, March 21, 2011

PENULISAN KAJIAN TEMA " KASIH IBU" SOALAN 2


Bab 1 : KAJIAN TEMA
       1.1 Pengenalan
Soalan 2 : Karya saya yang bertajuk ................................. bertemakan ‘Kasih Ibu’, dihasilkan dengan media campuran kolaj dan teknik relif. Dalam karya ini, saya telah mengkaji isu-isu  negatif yang digunakan untuk menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya amalan kasih sayang sebuah keluarga seperti isu buang bayi, isu penderaan, isu anak luar nikah, isu anak lari dari rumah….bla..bla. Manakala isu kemanusiaan yang saya sentuh adalah kesengsaraan manusia kesan daripada isu-isu tersebut.
       (Teruskan esei anda dengan membuat kritikan seni terhadap karya anda mengikut tahap deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan)
       Rujuk Buku rujukan SV m/s: 166

ASPEK DESKRIPSI
       Karya yang akan saya hasilkan mengandungi subjek matter utama iaitu figura ibu dan anak serta berlatarkan motif jantung yang melambangkan kasih sayang. Motif jantung akan disusun seperti susunan  anak tangga dan akan bertindak sebagai bingkai kepada subjek utama iaitu figura ibu dan anak. Perkataan LOVE juga dimasukkan dalam paparan karya saya sebagai menguatkan lagi pertalian kasih antara ibu dan anak.
       Karya ini dihasilkan dlm bentuk relif menggunakan media campuran iaitu …..bla…bla dan nyatakan sebab anda memilih bahan / media tersebut dalam penghasilan karya anda.









 





ASPEK ANALISIS
       Terangkan bagaimana anda menggunakan unsur seni reka dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya anda.
       1. imej – figura manusia+ mengapa?
       Prinsip digunakan dalam komposisi- apa?
Cth: imej disusun secara berimbangan semetri untuk menampakkan kesan penumpuan dan penegasan kpd subjek utama iaitu ibu dan anak. Imej yang menunjukkan ibu mendakap/memeluk anak dengan erat dapat menyampaikan mesej karya ini iaitu kasih ibu.
Lingkaran motif jantung pula membawa makna kasih ibu adalah tulen dan berlangsung sepanjang hayatnya dan ini berkontra dengan isu-isu negatif yang berlaku kini. Jadi, dapat disimpulkan disini bahawa sifat kasih ibu adalah ideal dan isu negatif yang berlaku adalah disebabkan oleh persekitaran hidup ibu tersebut yang memaksanya berbuat demikian.
Penggunaan warna sewarna iaitu biru pula melambangkan bahawa kasih ibu itu bersifat “sejuk” dan lembut.

ASPEK INTERPRESTASI
       Makna pada karya – kasih ibu
       Tujuan & Implikasi karya – memberi kesedaran dan keinsafan kpd masyarakat ttg isu-isu negatif jika kasih ibu tidak diberi perhatian.
       Anak merupakan generasi baru dan memerlukan didikasi dan kasih generasi dewasa untuk membimbing mereka ke arah hidup yang penuh dengan kasih sayang sesama insan. Negara akan lenyap jika warganya hidup dalam kesesatan seperti yang berlaku kepada masyarakat Jahiliyah.

ASPEK PERTIMBANGAN
       Beri pendapat anda mengenai isu-isu negatif dan berdasarkan bukti-bukti kajian secara terperinci. Paparkan keratan akhbar/majalah.
       Bagaimana karya anda dapat menyampaikan perasaan /emosi dan idea kpd audien.
       Selain daripada berkarya, apakah kaedah lain yang boleh digunakan dalam memberi kesedaran kasih dalam konteks institusi, masyarakat dan negara.

1 comment: