Saturday, March 19, 2011

JADUAL TENTATIF KERJA KURSUS SENI VISUAL STPM 2011

JADUAL PENDOKUMENTASIAN PORTFOLIO DAN HASIL KERJA SENI VISUAL STPM TAHUN 2011
Tinggalkan 5 halaman kosong didepan folio untuk menampal borang  pengesahan dan isi kandungan folio

Bab 1 : KAJIAN TEMA   -Tempoh Pelaksanaan Bulan : Januari 2011

1.1 Pengenalan
1.1.1 Soalan - Taip semula soalan yang dipilih
1.1.2 Definisi -Beri definisi tema yang diutarakan ( Bahan di web MPM-Peperiksaan STPM )
1.2.3 Permasalahan Tema – ( Jadual Pemecahan konsep/tema )bermaksud hipotesis / pandangan awal anda terhadap tema soalan. Hipotesis anda hendaklah disokong dengan bukti-bukti dalam Sumber Maklumat.
1.3 Kajian Catan (jika anda hasilkan catan. Jika relif atau arca 3D, juga perlu ada artikel kajian tentang teknik tersebut)
1.3.1 Sejarah catan/ /arca
1.3.2 Jenis-jenis catan/ /arca
1.3.3 Media dan Teknik Catan/arca

Kajian ini lebih kepada bentuk nota umum sahaja. Hanya buat point ringkas. Tak perlu detial.

Bab 2 : Kajian Visual Hal Benda (Subject Matter) Tempoh Pelaksanaan Bulan : Februari 2011
Kajian Hal Benda mengandungi lakaran-lakaran objek yang berkaitan tajuk dipilih.

Lakaran hendaklah realistik dengan mengaplikasi unsur seni seperti kualiti garisan, bentuk, jalinan dan sebagainya. Untuk jimatkan masa, sekali lagi cikgu tekankan supaya anda menekap saja gambar-gambar tersebut menggunakan kertas A4 dan tampalkan pd folio untuk mendapatkan lukisan yang baik.

Bab 3 : Lakaran Perkembangan Idea  - Tempoh Pelaksanaan Bulan : Mac 2011
(Lihat contoh-contoh  pada papan bulletin Seni Visual)
3.1 Olahan motif
3.2 Kajian komposisi
3.3 Kajian Warna
3.4 Kajian Media dan Teknik

Bab 4 : Lakaran Akhir - Tempoh Pelaksanaan Bulan : April 2011
(jika arca, ada pandangan sudut hadapan, tepi & belakang )

Bab 5 : Proses Penghasilan Karya  - Tempoh Pelaksanaan Bulan : Mei – Julai 2011
(dalam bentuk fotografi selang 10% langkah penghasilan)

Rujukan Tambahan dan Lampiran

Bibliografi
Bulan Ogos dan September  2011 ( Proses Pembungkusan hasil kerja & Penghantaran)

No comments:

Post a Comment