Wednesday, March 23, 2011

UNSUR METAFORA ( sambungan post sbelum )


UNSUR METAFORA DALAM KARYA SOALAN 2 – KASIH IBU.
Pengolahan karya berpandu sajak: “ KASIH IBU” Oleh : ABDULLAH IDRIS

PERSOALAN

Rangkap 1 berbakti kepada ibu.
Rangkap 2 balasan anak soleh atau solehah.
Rangkap 3 lupa jasa ibu.
Rangkap 4 penyesalan.

TEMA
Tema sajak ini ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan penyesalan seorang anak. Ini terbukti apabila seorang anak tidak lagi menghiraukan ibunya setelah dia dewasa kerana beralasan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab di pejabat dan juga terhadap keluarga sendiri. Bahkan, dia juga mulai lupa dengan ajaran dan didikan ibunya mengenai hal-hal keagamaan seperti anak yang soleh dan derhaka kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia sehinggalah ibunya meninggal dunia. Akhirnya, si anak mulai insaf dan menyedari kesilapannya kerana telah mengabaikan ibunya yang sudah uzur sehingga ibunya pergi menemui Illahi, namun penyesalan itu tidak berguna lagi.

PERUTUSAN ATAU MESEJ
1.Seharusnya ajaran seorang ibu itu hendaklah diamalkan, diikuti, dilanjutkan dan juga dikekalkan pada bila-bila masa walaupun sampai ke tua.

2.Janganlah sudah berkedudukan, ibu itu dilupakan. Perbuatan ini dianggap sebagai menderhaka.

3.Sepatutnya, semasa ibu itu masih hiduplah kita menurut segala pengajarannya dan tidak melukakan hatinya. Biasanya, setelah dia meninggal dunia baharulah akan ada timbulnya penyesalan yang tak sudah- sudah.

4.Memang benar bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

PENGAJARAN
1. Nasihat dan ajaran seorang ibu itu hendaklah dipatuhi kerana ia amat berguna di dunia dan juga di akhirat.
2. Jangan menderhaka kepada ibu. Ini kerana seorang ibu itulah yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Begitu besar pengorbanan seorang ibu kepada kita yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan dan sembilan hari. Tanpa jasa seorang ibu maka kita tidak akan menjadi orang yang sempurna di masa kini.

3.Apabila kita sudah berjaya, kita tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri dan melupakan jasa ibu kita yang telah melahirkan, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan memberikan pendidikan yang baik sehingga kita berjaya. Tanpa jasa seorang ibu ini, kita tidak akan berjaya. Oleh itu, apabila kita mencapai kejayaan kita janganlah melupakan dan mengabaikan ibu kita. Kita hendaklah membalas semampu mungkin segala jasa dan bakti ibu yang telah dicurahkan atau diberikan kepada kita tanpa mengenal erti penat lelah dalam membesarkan kita.

Unsur perlambangan (simbol);
a.syurga (pada rangkap yang kedua, baris yang ketiga) yang membawa maksud kebahagiaan,

b.para syuhada (pada rangkap yang kedua, baris yang kelima) yang bermaksud orang-orang mati syahid,

c.air mata (pada rangkap yang keempat, baris yang kedua) yang membawa maksud kesedihan atau kekecewaan,

d.anak derhaka (pada rangkap yang ketiga, baris yang keempat) yang bermaksud anak yang melawan ibu bapa,

e.jauh-jauh dinihari (pada rangkap yang keempat, baris yang kedua) yang bererti hari-hari terkahir atau setelah tua, dan

f.nadi (pada rangkap yang keempat, baris yang ketiga) yang bermaksud kehidupan.


SAJAK KASIH IBU OLEH ABDULLAH IDRIS

M ak su d

Rangkap 1

Penyajak menyedari bahawa dia perlu berbakti dan membalas budi kepada ibunya sejak dari dulu lagi tetapi tidak kesampaian kerana penyajak sentiasa sibuk dengan kerja dan tanggungjawab apabila sudah berumah tangga. Kini penyajak sudah tua tetapi dia tetap menyendiri tanpa anak menantu serta cucu disisinya

Rangkap 2

Penyajak mengetahui bahawa sejak dari kecil lagi dia sudah dididik dan diajar mengenai pendidikan agama yang sempurna oleh ibunya seperti sembahyang lima waktu supaya dia akan menjadi seorang anak yang bukan sahaja berjaya di dunia malahan di akhirat. Malah dia juga diperingatkan bahawa setiap perbuatan yang baik akan mendapat balasan syurga begitu juga sebaliknya

Rangkap 3

Apabila penyajak sudah dewasa dan mempunyai banyak tanggungjawab terhadap tugas dan keluarga sendiri, dia mulai mengabaikan tanggungjawab terhadap ibunya yang sedang uzur dan melupakan segala jasa ibunya sebelum ini.

Rangkap 4

Kini penyajak menyesali atas perbuatannya yang telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak terhadap ibunya. Penyajak juga menyesal kerana tidak mengikut ajaran dan nasihat ibunya untuk menjadi anak yang berbakti sehinggalah ibunya sudah tidak ada lagi.


Kasih Ibu

memang telah lama kufikir
untuk berbakti
pada ibu dan siapa nanti
alih-alih tiba saatnya kami menyendiri
antara hidup dan mati.

sejak kecil pun aku diajari
tentang anak-anak yang salat
balasannya adalah syurga
bersama ibu yang tercinta.
dan para syuhada.

tapi bila aku telah dewasa
ibu sudah tidak mau bercerita
dan aku jadi lupa
tentang hukuman anak derhaka.

lalu sekarang semuanya bagai membebani
jauh-jauh dinihari air mata membasahi
dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri
justeru kerananya bagai menuntuti
sebuah ungkapan yang tak beerti lagi.

-Abdullah Idris
Bengkurong Brunei
Julai 1992.

No comments:

Post a Comment