Monday, March 21, 2011

unsur metaforik dalam kajian subject matter soalan 2




Kajian tema utk soalan 2 “Kasih Ibu”
Gunakan objek “ Metaforik” sebagai kajian tema anda. Isu2 negatif spt kes penderaan kanak-kanak, kes buang bayi dsb. Kalau boleh, tidak dijadikan kajian tema kerja folio anda.

Definisi Istilah

1. Metafora
Hawkes (1986), mendefinisikan metafora sebagai suatu cara untuk mendeskripsikan sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan. Perkataan metaphora dikatakan berasal daripada perkataan Greek, di mana meta membawa maksud ‘atas’ manakala pher ein mendukung makna ‘diangkat’. Oleh itu, metafora merujuk kepada satu set proses linguistik di mana sesetengah karakteristik sesuatu subjek ‘diangkat ke atas’, atau dipindahkan kepada objek yang lain. Oleh yang demikian, objek yang kedua dituturkan atau diaplikasikan seolah-olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama.7
Menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian itu di mana metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut.8
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. pula berpendapat bahawa metafora ialah kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat, seakan- akan, bak, seperti, laksana, macam, bagaidan umpama. Dalam ayat “ Budak itu lembu”,lembu’ ialah metafora. Dalam ayat “ Budak itu bodoh seperti lembu ”, ‘lembu’ ialah perumpamaan kerana terdapat perkataan ‘seperti’ sebelum ‘lembu’.9

Sumber
7 Hawkes, T., Metaphor:The Critical Idiom, Methuen & Co. Ltd., London, 1986.
8 Asmah Haji Omar, Metaphors of Anatomy as a Reflection of Malay Cultural Belief, Jurnal Bahasa Jendela Alam Jilid 1, 1996, hlm. 7.
9 Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Kontemporari,PTS Publisher, Kuala Lumpur.

Kaedah berfikir secara analogis ini banyak sekali terdapat dalam peribahasa dan pepatah Melayu. Bahasa yang digunakan ialah bahasa metaforik. Sesuatu objek atau konsep yang abstrak diumpamakan dengan objek lain yang lebih konkrit. Kita mungkin tidak menyedari bahawa dalam percakapan kita sehari-hari, kita sering menggunakan bahasa metaforik. Misalnya kita memberi nilai ekonomi kepada masa dengan berkata masa itu emas.
Kaki manusia dan haiwan digunakan juga untuk kaki bukit, kaki langit, bahkan metafora ini sampai tahap yang lebih kompleks lagi sehingga orang Melayu dapat menciptakan ungkapan seperti kaki botol, kaki perempuan, kaki judi dan sebagainya, untuk menyatakan maksud ‘handal’ dan’ahli’.

Bagaimana kita melihat dan memikirkan haiwan tertentu dan bagaimana kita menggunakan pengetahuan berasaskan budaya rakyat dalam pembinaan skema metaforikal untuk haiwan tersebut. Antara proposisi lazim haiwan yang dicadangkan mereka:
·         singa ialah haiwan yang berani dan mulia;
·         rubah (fox) ialah haiwan yang cerdik;
·         anjing ialah haiwan yang setia dan boleh diharapkan;
·         kucing ialah haiwan yang mudah berubah hati dan berdikari;
·         serigala ialah haiwan yang kejam dan pembunuh;
·         gorila ialah haiwan cenderung bergaduh and buas dsb.

1. Peribahasa  - 'anak ayam kehilangan ibu'.

SUMBER                   SASARAN
Metafora
anak                            sst yg lemah/kecil yang memerlukan pelindung/kasih
ayam                           di ibaratkan mpy sifat spt manusia iaitu menjaga anak
kehilangan Ibu            sesat/ derhaka/tidak menghargai jasa                                                           Ibu                               org yang baik,mulia hatinya,membimbing/menjaga dsb

Rajah 1: Skema metaforikal


No comments:

Post a Comment