BIDANG PENGKARYAAN
SOALAN 1
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan KEHARMONIAN. Hasil karya anda hendaklah menggunakan teknik hard edge dengan menggabungkan rupa huruf dan rupa geometri.
Persembahan karya hendaklah dalam bentuk 2D atau 3D. Bagi yang memilih 3D teknik luakan boleh di gunakan
SAIZ KARYA :
2D – 40 CM X 60 CM
3D – 40cm Tinggi X 25cm panjang, 25 cm lebar
DEFNISI
- KEHARMONIAN
- Menurut Kamus Dewan bahasa edisi keempat: DBP
1. Keadaan harmoni, (kesesuaian, keselarasan,)
2. keadaan harmoni (mesra)
3. Sinonim dengan bahagia, rukun, sejahtera,mesra, tenang, damai, tenteram, aman sepakat
- HARMONY : Kamus English – Melayu DBP
1. Pleasing consistency
2. Friendly relations, understanding.
- · GEOMETRI
- MENURUT KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT :
Cabang matematik yang berkaitan dengan ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah.
- · HURUF
Menurut wikipedia :
Huruf ialah unsur dalam sesebuah sistem tulisan abjad( Set huruf) . Setiap huruf dalam bahasa bertulis lazimnya dikaitkan dengan satu fonem (bunyi) dalam bahasa lisan yang bersamaan. Aksara –aksara dalam tulisan awam lebih baik dipanggil silabogram (yang melambangkan sukukata) atau logogram (yang melambangkan perkataan atau ungkapan).
·
- HARD EDGES -PAINTING
- Menurut wikipedia
Is painting in which abrupt transitions are found between colour areas. Colour areas are often of one unvarying colour.
( Hasil karya yang menggunakan teknik pemisahan kawasan warna yang jelas dan masing-masing menggunakan warna yang berbeza.)
- Menurut Encycloaedia Britannica :
- Hard edge painting is characterized by large, simplified, usually geometric forms on an overall flat surface, precise, razor-sharp contours, and broad areas of bright, unmodulated colour that have been stained into unprimed canvas. It differs from other type of geometric abstraction in that it reject both lyrical and mathematical composition.
- · DIMENSI
- Menurut kamus dewan edisi keempat :
Ukuran saiz sesuatu (seperti tinggi, panjang, lebar) – 3 dimensi
Ukuran saiz (seperti panjang dan lebar) - 2 dimensi
Contoh :
Kajian yang perlu dibuat adalah berdasarkan kepada keharmonian yang wujud dalam kehidupan dan persekitaran yang meliputi Keadaan atau suasana aman, damai, mesra,bahagia, tenang, tenteram dan aman tenteram. kesesuaian, keselarasan,
Karya yang dihasilkan hendaklah mengaplikasikan teknik hard edges yang mengutamakan konsep pemisahan kawasan warna yang jelas dan masing-masing menggunakan warna yang berbeza. menggunakan rupa huruf dan rupa geometri.
B. KAJIAN DAN PENYELIDIKAN
1. Definisi
a. Tema
b. Rupa
c. Teknik hard edges
Contoh visual karya-karya yang berdasarkan tema keharmonian dan mempunyai pengaruh teknik hard edges.
2. Elemen Kajian
a. Penerangan dan visual sumber-sumber idea berkaitan huruf.
b. Penerangan dan visual sumber-sumber idea tentang geometri.
3. Pilihan Tajuk:
a. Huruf pilihan akhir dalam bentuk visual dari sumber idea
b. Rupa geometri pilihan akhir dalam bentuk visual dari sumber idea
c. Lakaran perkembangan idea bagi huruf.
d. Lakaran perkembangan idea bagi rupa geometri.
4. Lakaran olahan komposisi.
5. Lakaran Akhir
6. Kajian Warna
C. KAJIAN MEDIA & TEKNIK
1. Media ( bebas )
2. Teknik ( hard edges )
3. Eksperimentasi pelbagai media dan alatan menggunakan teknik hard edges untuk membuat kajian penerokaan karya
4. * Membuat kajian tentang tema dan karya berdasarkan keharmonian serta karya-karya seni visual yang mempunyai pengaruh teknik hard edges
D. PENERANGAN ASPEK-ASPEK KOMPOSISI DALAM KARYA AKHIR
• Menggunakan bahasa seni visual yang sesuai dan tepat untuk menterjemahkan pengolahan idea dalam karya akhir. (Penggunaan bahasa seni visual iaitu unsur seni dan prinsip rekaan)
E. PROSES DAN TEKNIK PENGHASILAN KARYA
EKARYA • GAMBAR ALATAN DAN MEDIA
F. RUJUKAN DAN MAKLUMAT
Senarai segala bahan rujukan yang lengkap seperti:
• Buku,akhbar,risalah dan sebagainya.
• Rujukan internet ( laman web ).
• Temuduga (hasil temuduga dalam bentuk teks,foto).
• Orang sumber/tokoh (biodata dan foto).
G. BIBLIOGRAFI
Penulisan sesebuah bibliografi perlu mengandungi elemen-elemen asas yang dimulakan dengan:
• Pengarang
• Tahun penerbitan
• Judul
• Maklumat penerbitan (jilid,isu,edisi,muka surat dll)
• Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)
H. REFLEKSI
(Diskripsi,intepretasi,analisis dan pertimbangan calon terhadap karya yang telah dihasilkan)
KLASIFIKASI PENYELIDIKAN DALAM PENGHASILAN KARYA
PERMASALAHAN TEMA | KONSEP | KARYA |
KEHARMONIAN | -Hubungan antara manusia dengan tuhan. Cth – keharmonian dan kedamaian wujud jika kita sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan. -Hubungan antara manusia dengan manusia. Cth – keserasian dan keharmonian hubungan kekeluargaan. Hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. -Hubungan antara manusia dengan persekitaran . cth – keharmonian wujud melalui hubungan baik manusia dengan persekitaran. | 2 DIMENSI CATAN hal benda. cth- Flora. Form . Cth. Medium Cat minyak. Teknik hard edges. Unsur pengulangan. Penggunaan warna-warna sekeluarga, warna natural, monokrom. Kandungan . Cth- hubungan manusia dengan alam 3 DIMENSI ARCA hal benda. cth- Flora. Form . Cth. Medium. fom bunga. Teknik binaan. Unsur pengulangan. Penggunaan warna-warna sekeluarga, warna natural, monokrom. Kandungan . Cth- hubungan manusia dengan alam |
contoh gambar ade ?
ReplyDelete