Sunday, April 3, 2011

MAKLUMAN SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SENI VISUAL STPM 2011

Tarikh : 09 April 2001 ( Sabtu )
Tindakan yang perlu diberi perhatian oleh pelajar SV Pra-U SMK Muhibbah:
1. Lengkapkan Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga dan Tanda tangan ibu bapa. Serah semula pada cikgu selewat-lewatnya pada hari Rabu.
2. Yuran penyertaan sebanyak RM5.00 seorang akan dikutip daripada pelajar dan sekolah telah menaja sebanyak RM15.00 seorang. Jumlah yuran pendaftaran seorang pelajar ialah RM20.00.
3. Kehadiran pelajar adalah diwajibkan. Pelajar hendaklah berpakaian seragam sekolah.
4. Pelajar perlu membawa peralatan melukis dan buku catatan serta persediaan soalan-soalan untuk dikemukakan semasa seminar tersebut terutamanya bagi Kertas 3 iaitu kerja kursus.
5.Semua Pelajar dikehendaki menggunakan bas yang disediakan oleh pihak sekolah. Bas tersebut akan bertolak tepat jam 6.30 pagi dari tapak perhimpunan sekolah ke pusat seminar iaitu di SMK Batu Sapi. Jadi, pelajar dinasihatkan datang ke sekolah sebelum masa tersebut. Pendaftaran peserta bermula jam 6.50 pagi.
6. Pengetua sekolah telah memberi ingatan agar setiap pelajar SV SMK Muhibbah dapat menjaga imej  baik sekolah semasa seminar yang akan berlangsung dari pukul 7.00 pagi hingga 3.30 petang.
7. Semoga kehadiran anda semua akan mendapat manfaat yang berguna untuk anda menghadapi peperiksaan STPM tahun 2011.
8. Penceramah jemputan : Encik Hassan Mohd. Ghazali ( UPSI )

1 comment: