Thursday, April 14, 2011

Hard Edge Technicques

Geometric Paintings

Bab 4 Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan


Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan
Bertujuan untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan :
a). Jenis binaan dan ketahanannya.
b). Tema atau hal subjek yang digunakan.
Sumber rujukan Idea
(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
Flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya.
Dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
– Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis.
– Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis.
(c) Aliran dan Tema Sejagat
– Jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman
– Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk.
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian
– Idea datang dari akibat dari desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri
– Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.




  1. Bentuk-Bentuk Asas Geometri ( Catatan untuk Soalan 1 )

  1. Jenis-jenis Arca ( Catatan untuk Soalan 2 )






4.    Jenis dan Teknik Arca Relief


Definition Bas-relief
Bas-relief sculpture is stone sculpture made by chipping away at a slab of rock to make a picture that stands out. It is also called low relief sculpture (bas being the French for 'low') and is contrasted with high relief sculpture where the image stands out further from the surface. The Egyptians, Persians, Greeks and many others have used bas-relief.

KAJIAN MEDIA & TEKNIK
1. Media ( bebas ).
2. Teknik –
a. karya relif:
i. Kolaj
ii. ‘paper mache’
iii. Arca timbulan (dihasilkan timbul suatu permukaan 2-D)



b. karya 3D
i. arca
Eksperimentasi pelbagai media dan alatan untuk membuat kajian penerokaan karya.

KAJIAN TOPENG SEBAGAI PILIHAN
Proses dan Teknik Membuat Topeng
Menggunakan Bahan Paper Mache’
– Langkah 1
Koyakkan himpunkan kertas surat khabar lama bergantung kepada saiz dan bilangan topeng yang akan disediakan.
– Langkah 2
Rendam kertas di dalam bekas yang berisi air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar.
– Langkah 3
Kertas yang telah lembut perlu dikisar menggunakan alat pengisar dan pastikan kertas tersebut dalam keadaan lumat agar mudah dibentuk dan kukuh.
– Langkah 4
Kertas yang telah dikisar perlu diperah untuk mengasingkan kandungan airnya.
– Langkah 5
Letakkan kertas yang telah diperah di dalam bekas. Gaulkan kertas tersebut dengan gam cair / kanji sehingga sekata agar mudah untuk dibentuk.
– Langkah 6
Tiup belon mengikut saiz yang dikehendaki dan ikat agar ianya dalam keadaan bulat. Tampalkan kertas yang telah bercampur gam tersebut pada bahagian luar belon, tampal hanya separuh bahagian sahaja, pastikan ketebalannya. Simpan belon tersebut ditempat yang sesuai agar tidak kempis untuk beberapa hari.
Tanggalkan tampalan kertas tersebut apabila ianya berkeadaan separuh kering. Jemur ditempat yang mendapat cahaya matahari.
– Langkah 7
Jemur tampalan kertas yang telah ditanggalkan pada cahaya matahari agar ianya menjadi kering dan keras.
– Langkah 8
Warna dan hiaskan topeng tersebut mengikut watak-watak ( Ibu & Anak ) atau jenis-jenis topeng yang dikehendaki.

Contoh Kajian Tema Topeng Sebagai Subjek Matter
Topeng
– Suatu alat yang menutupi muka, topeng juga digunakan di dalam persembahan drama, tarian dan juga istiadat-istiadat pemujaan.
– Dijadikan sebagai alat perhiasan di rumah.
– Dijadikan sebagai identiti seseorang dan juga ahli kumpulan.
DEFINISI
– Berasal dari kata ‘tup’ yang bererti tutup, kemudian kerana gejala bahasa yang disebut formatif form (pembentukan kata) kata „tup ditambah dengan kata ‘eng’ yang kemudian menjadi „tupeng
Tupeng kemudian mengalami beberapa perubahan sehingga menjadi topeng.
–Di Bali istilah topeng diertikan sebagai ‘Partapukan’ yang membawa erti  suatu lapisan yang menutupi. Misalnya seorang yang menderita kerana luka, apabila lukanya telah sembuh maka terdapat satu lapisan yang menutupi luka tersebut yang kemudian akan terlepas dengan sendirinya.
Fungsi Topeng
–- Sebagai Simbol / lambang nenek moyang
–- Digunakan semasa upacara memperingati keturunan ‘Ratu Gede Pancering Jaga’ atau ‘Hyang Datonda’ penguasa dunia yang dipercayai oleh masyarakat Truyan di Danau Batur.
-       Simbol dewa-dewi
Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini dinamakan Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa Ketewel, Kecamatan, Sukawati dan Gianyar.  pelengkap upacara
Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi sebagai pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca Yadya.
Tarian topeng ini dipentaskan pada waktu upacara ddan dilaksanakan dengan tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat berkat.
-Sebagai penyingkap sejarah
bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan kisah sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul keturunan, daerah, bahasa dan sebagainya serta boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja.
– -Sebagai Media Pendidikan
Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di mana pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu juga dapat mengenal tokoh-tokoh, agama, seni dan budaya masyarakat setempat.
-Sebagai hiburan
Berfungsi sebagai hiburan terutama memalui dialog-dialognya yang bersifat humor akan mengundang gelak ketawa penonton.

Monday, April 11, 2011

Gambar Peristiwa Sekitar Seminar Teknik Menjawab Seni Visual dan Sejarah STPM 2011

Bersama Penceramah Encik Hassan Mohd. Ghazali
Pelajar berkumpul di sekolah sebelum bertolak ke SMK Batu Sapi
Pelajar bergambar bersama Y.B. Datin Linda Tsen Thau Lin
Wajah Ceria Pelajar Selepas Seminar
Fokus bah kaau ni,

Suasana Seminar Teknik Menjawab Sejarah STPM

Bahan Seminar Teknik Menjawab Seni Visual STPM 2011 Encik Hassan Mohd. Ghazali

Seminar ini telah dilangsungkan pada 09 April 2001 di SMK Batu Sapi, Sandakan
http://www.ziddu.com/download/14554837/lakaranvisual.ppt.html

dan
http://www.ziddu.com/download/14555091/.html

Sunday, April 10, 2011

Gambar Kenangan Pelajar SV Pra-U SMK Muhibbah Bersama Encik Hassan Mohd. Ghazali

Semoga semua pelajar dapat manfaat dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2011. Ribuan terima kasih kepada pengurusan sekolah yang telah memberi sokongan kewangan untuk membiayai yuran dan pengangkutan pelajar.

Sunday, April 3, 2011

MAKLUMAN SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SENI VISUAL STPM 2011

Tarikh : 09 April 2001 ( Sabtu )
Tindakan yang perlu diberi perhatian oleh pelajar SV Pra-U SMK Muhibbah:
1. Lengkapkan Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga dan Tanda tangan ibu bapa. Serah semula pada cikgu selewat-lewatnya pada hari Rabu.
2. Yuran penyertaan sebanyak RM5.00 seorang akan dikutip daripada pelajar dan sekolah telah menaja sebanyak RM15.00 seorang. Jumlah yuran pendaftaran seorang pelajar ialah RM20.00.
3. Kehadiran pelajar adalah diwajibkan. Pelajar hendaklah berpakaian seragam sekolah.
4. Pelajar perlu membawa peralatan melukis dan buku catatan serta persediaan soalan-soalan untuk dikemukakan semasa seminar tersebut terutamanya bagi Kertas 3 iaitu kerja kursus.
5.Semua Pelajar dikehendaki menggunakan bas yang disediakan oleh pihak sekolah. Bas tersebut akan bertolak tepat jam 6.30 pagi dari tapak perhimpunan sekolah ke pusat seminar iaitu di SMK Batu Sapi. Jadi, pelajar dinasihatkan datang ke sekolah sebelum masa tersebut. Pendaftaran peserta bermula jam 6.50 pagi.
6. Pengetua sekolah telah memberi ingatan agar setiap pelajar SV SMK Muhibbah dapat menjaga imej  baik sekolah semasa seminar yang akan berlangsung dari pukul 7.00 pagi hingga 3.30 petang.
7. Semoga kehadiran anda semua akan mendapat manfaat yang berguna untuk anda menghadapi peperiksaan STPM tahun 2011.
8. Penceramah jemputan : Encik Hassan Mohd. Ghazali ( UPSI )