Tuesday, March 29, 2011

Penghantaran Folio Seni Visual STPM 2011 Untuk Semakan Guru

Semua pelajar Seni Visual Tingkatan 6 Atas Sains Sosial dikehendaki menghantar folio masing-masing untuk tujuan semakan guru pembimbing pada hari Rabu selepas sesi R&C ( 30 Mac 2011 ). Pelajar yang gagal mengemukakan folionya akan diberikan surat amaran daripada pengurusan sekolah. Sekian dan  harap maklum.

Saturday, March 26, 2011

Bimbingan Penulisan Folio Soalan Tugasan 2


BIDANG PENGKARYAAN

SOALAN 2
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan KASIH IBU. Hasil karya anda hendaklah menggunakan bahan yang sesuai dengan tema. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk relif atau 3 dimensi.

SAIZ KARYA :
Tidak melebihi =
2 Dimensi - 40 CM X 60 CM
3 Dimensi - 40cm Tinggi X 25cm panjang,
25 cm lebar

Definisi
  • ·         Kasih
• Menurut Kamus Dewan Edisi ke-empat
1. cinta:berahi, sayang, suka, asmara
2. belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Contoh :
Bagaimana nak tanam selasih,
Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
Kasih bercampur denganlah budi.

  • ·         Ibu
emak:bonda, ibu, suri, ibunda, umi, mak,encik, mama, mami, induk,
indung,ina, ibung, uai, embok, bok, indu
induk, inti,pokok,

  • ·         Relif
Menurut wikipedia
A relief is a sculptured artwork where a carved or modelled form is raised (or in the case of a sunken relief, lowered) from a plane from which the main elements of the composition project (or sink). Raising or lowering the plane is achieved by removing material not relevant to the image. In the case of sunken relief, the material composing the central image is carved out.

Jenis teknik relif
·       
  •   Bas-relief or low relief
A bas-relief ("low relief", French pronunciation: from the Italian basso rilievo) or low relief is a projecting image with a shallow overall depth. The background is very compressed or completely flat, as on most coins, on which all images are in low relief.
  • ·         High relief
High relief (or alto relievo, from Italian) is where the most prominent elements of the composition are undercut and rendered at more than half in the round against the background.
  • ·         Sunken relief
·         A sunken-relief depiction of PharaohAkhenaten with his wife Nefertiti and daughters. Note how strong shadows are needed to define the image.
·         • Sunken relief, also known as intaglio or hollow relief, is where the image is made by carving into a flat surface.


B.KAJIAN DAN PENYELIDIKAN BERDASARKAN TEMA

1. Definisi
·         a. Tema
·         b. Karya bentuk relif
·         Contoh visual karya-karya yang bertema “Kasih Ibu” dan persembahan karya dalam bentuk relif.




2. Elemen Kajian
·         Penerangan dan visual sumber-sumber idea berkaitan tema kasih ibu.

3. Pilihan Tajuk:
·         -Lakaran awal berdasarkan tema dan tajuk untuk mendapat idea. Ia meliputi lakaran kecil,lakaran kasar dan lakaran terus.
·         -Dalam lakaran yang dihasilkan mesti bersesuaian berdasarkan rujukan visual yang berkaitan.
·      
1.Membuat pilihan lakaran awal sebagai sumber lakaran perkembangan idea.
PEROLEHAN
MAKLUMAT DARI
MEDIA ELEKTRONIK DAN MEDIA
KONVENSIONAL

UNSUR
PENYELIDIKAN
KAJIAN VISUAL
LAKARAN
PERKEMBANGAN
IDEA

D. LAKARAN AKHIR
1. Memilih lakaran yang diolah berdasarkan kajian yang telah dilakukan dari lakaran perkembangan idea.Memilih beberapa lakaran dari perkembangan idea untuk idea gubahan bagi karya akhir.

E. KAJIAN KOMPOSISI KARYA AKHIR
2. Merangka idea-idea komposisi untuk mendapatkan karya akhir.
Cth: beberapa komposisi menggunakan imej-imej dari hasil lakaran perkembangan idea.







F. KAJIAN MEDIA & TEKNIK
1. Media ( bebas ).
2. Teknik –
a. karya relif:
i. Kolaj
ii. ‘paper mache’
iii. Arca timbulan (dihasilkan timbul suatu permukaan 2-D)
b. karya 3D
i. arca
Eksperimentasi pelbagai media dan alatan untuk membuat kajian penerokaan karya.

G. PENGOLAHAN ASPEK-ASPEK KOMPOSISI DALAM GUBAHAN KARYA
Susunan/reka letak unsur seni reka dan prinsip rekaan dalam menghasilkan karya serta penggunaan media dan teknik bersesuaian.
Contoh-contoh komposisi dalam karya






E. PROSES DAN TEKNIK PENGHASILAN KARYA
·         GAMBAR ALATAN DAN MEDIA



H. RUJUKAN DAN MAKLUMAT
Senarai segala bahan rujukan yang lengkap seperti:
• Buku,akhbar,risalah dan sebagainya.
• Rujukan internet ( laman web ).
• Temuduga (hasil temuduga dalam bentuk teks,foto).
• Orang sumber/tokoh (biodata dan foto).

PROSES DAN TEKNIK PENGHASILAN KARYA
(gambar langkah-langkah penghasilan karya oleh calon

I. BIBLIOGRAFI
Penulisan sesebuah bibliografi perlu mengandungi elemen-elemen asas yang dimulakan dengan:
Pengarang
Tahun penerbitan
Judul
Maklumat penerbitan (jilid,isu,edisi,muka surat dll)
Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)
C. LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA

Bimbingan Penulisan Folio SV STPM Tugasan Soalan 1


BIDANG PENGKARYAAN

SOALAN 1
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan KEHARMONIAN. Hasil karya anda hendaklah menggunakan teknik hard edge dengan menggabungkan rupa huruf dan rupa geometri.
Persembahan karya hendaklah dalam bentuk 2D atau 3D. Bagi yang memilih 3D teknik luakan boleh di gunakan

SAIZ KARYA :
2D – 40 CM X 60 CM
3D – 40cm Tinggi X 25cm panjang, 25 cm lebar

DEFNISI

  • KEHARMONIAN
- Menurut Kamus Dewan bahasa edisi keempat: DBP
1. Keadaan harmoni, (kesesuaian, keselarasan,)
2. keadaan harmoni (mesra)
3. Sinonim dengan bahagia, rukun, sejahtera,mesra, tenang, damai, tenteram, aman sepakat
- HARMONY : Kamus English – Melayu DBP
1. Pleasing consistency
2. Friendly relations, understanding.
  • ·         GEOMETRI
- MENURUT KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT :
Cabang matematik yang berkaitan dengan ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah.
  • ·         HURUF
Menurut wikipedia :
Huruf ialah unsur dalam sesebuah sistem tulisan abjad( Set huruf) . Setiap huruf dalam bahasa bertulis lazimnya dikaitkan dengan satu fonem (bunyi) dalam bahasa lisan yang bersamaan. Aksara –aksara dalam tulisan awam lebih baik dipanggil silabogram (yang melambangkan sukukata) atau logogram (yang melambangkan perkataan atau ungkapan).
·          
  • HARD EDGES -PAINTING
- Menurut wikipedia
Is painting in which abrupt transitions are found between colour areas. Colour areas are often of one unvarying colour.
( Hasil karya yang menggunakan teknik pemisahan kawasan warna yang jelas dan masing-masing menggunakan warna yang berbeza.)
- Menurut Encycloaedia Britannica :
- Hard edge painting is characterized by large, simplified, usually geometric forms on an overall flat surface, precise, razor-sharp contours, and broad areas of bright, unmodulated colour that have been stained into unprimed canvas. It differs from other type of geometric abstraction in that it reject both lyrical and mathematical composition.
  • ·         DIMENSI
- Menurut kamus dewan edisi keempat :
Ukuran saiz sesuatu (seperti tinggi, panjang, lebar) – 3 dimensi
Ukuran saiz (seperti panjang dan lebar) - 2 dimensi
Contoh :
Kajian yang perlu dibuat adalah berdasarkan kepada keharmonian yang wujud dalam kehidupan dan persekitaran yang meliputi Keadaan atau suasana aman, damai, mesra,bahagia, tenang, tenteram dan aman tenteram. kesesuaian, keselarasan,
Karya yang dihasilkan hendaklah mengaplikasikan teknik hard edges yang mengutamakan konsep pemisahan kawasan warna yang jelas dan masing-masing menggunakan warna yang berbeza. menggunakan rupa huruf dan rupa geometri.

B. KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

1. Definisi
a. Tema
b. Rupa
c. Teknik hard edges
Contoh visual karya-karya yang berdasarkan tema keharmonian dan mempunyai pengaruh teknik hard edges.

2. Elemen Kajian
a. Penerangan dan visual sumber-sumber idea berkaitan huruf.
b. Penerangan dan visual sumber-sumber idea tentang geometri.

3. Pilihan Tajuk:
a. Huruf pilihan akhir dalam bentuk visual dari sumber idea
b. Rupa geometri pilihan akhir dalam bentuk visual dari sumber idea
c. Lakaran perkembangan idea bagi huruf.
d. Lakaran perkembangan idea bagi rupa geometri.

4. Lakaran olahan komposisi.

5. Lakaran Akhir

6. Kajian Warna


C. KAJIAN MEDIA & TEKNIK

1. Media ( bebas )

2. Teknik ( hard edges )

3. Eksperimentasi pelbagai media dan alatan menggunakan teknik hard edges untuk membuat kajian penerokaan karya

4. * Membuat kajian tentang tema dan karya berdasarkan keharmonian serta karya-karya seni visual yang mempunyai pengaruh teknik hard edges


D. PENERANGAN ASPEK-ASPEK KOMPOSISI DALAM KARYA AKHIR
• Menggunakan bahasa seni visual yang sesuai dan tepat untuk menterjemahkan pengolahan idea dalam karya akhir. (Penggunaan bahasa seni visual iaitu unsur seni dan prinsip rekaan)


E. PROSES DAN TEKNIK PENGHASILAN KARYA
EKARYA • GAMBAR ALATAN DAN MEDIA


F. RUJUKAN DAN MAKLUMAT
Senarai segala bahan rujukan yang lengkap seperti:
• Buku,akhbar,risalah dan sebagainya.
• Rujukan internet ( laman web ).
• Temuduga (hasil temuduga dalam bentuk teks,foto).
• Orang sumber/tokoh (biodata dan foto).

G. BIBLIOGRAFI
Penulisan sesebuah bibliografi perlu mengandungi elemen-elemen asas yang dimulakan dengan:
• Pengarang
• Tahun penerbitan
• Judul
• Maklumat penerbitan (jilid,isu,edisi,muka surat dll)
• Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)

H. REFLEKSI
(Diskripsi,intepretasi,analisis dan pertimbangan calon terhadap karya yang telah dihasilkan)



KLASIFIKASI PENYELIDIKAN DALAM PENGHASILAN KARYA

PERMASALAHAN TEMA
KONSEP
KARYA
KEHARMONIAN
-Hubungan antara manusia dengan
tuhan.
Cth – keharmonian dan kedamaian wujud jika kita sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan.

-Hubungan antara manusia dengan manusia.
Cth – keserasian dan keharmonian
hubungan kekeluargaan. Hubungan
baik dengan masyarakat sekeliling.

-Hubungan antara manusia dengan
persekitaran .
cth – keharmonian wujud melalui
hubungan baik manusia dengan
persekitaran.
2 DIMENSI
CATAN
hal benda. cth- Flora.
Form . Cth. Medium Cat minyak.
Teknik hard edges. Unsur
pengulangan. Penggunaan warna-warna sekeluarga, warna natural,
monokrom.
Kandungan . Cth- hubungan manusia dengan alam

3 DIMENSI
ARCA
hal benda. cth- Flora.
Form . Cth. Medium. fom bunga.
Teknik binaan. Unsur pengulangan.
Penggunaan warna-warna
sekeluarga, warna natural,
monokrom.
Kandungan . Cth- hubungan
manusia dengan alam

PANDUAN KRSV SPM 2011 SOALAN TUGASAN 8






















Sumber : http://cikgusenismkbk.blogspot.com/

Thursday, March 24, 2011

Poster Pertandingan Anti Dadah Peringkat Sekolah Kategori Menengah Atas

JOHAN
Disandang oleh Stephanie Clare a/k Nyipa (T6 A Ekonomi )

Naib Johan
Disandang oleh Jacqueline John ( T5 K )

Ketiga
Disandang oleh Leah Fauziah Mustapha ( T6 A Sains Sosial )